MYLAWANG GROUP SDN. BHD.
Profil Syarikat
Latar Belakang Syarikat
MYLAWANG GROUP SDN. BHD. merupakan syarikat milik 100% Bumiputera yang ditubuhkan pada 7 September 2021. Kami komited memberikan perkhidmatan pembinaan yang berkualiti, boleh dipercayai dan berintegriti kepada setiap pelanggan.
Berpangkalan di Seremban, Negeri Sembilan, syarikat kami berdaftar dengan CIDB sebagai kontraktor Gred G4 dalam kategori B (Pembinaan Bangunan), CE (Kejuruteraan Awam) dan ME (Mekanikal & Elektrikal). Skop perkhidmatan kami merangkumi kerja pembinaan bangunan, penyelenggaraan jalan raya, kerja cerun, pembaikan kerja awam serta projek berkaitan.
Dengan sokongan pasukan profesional yang muda dan dinamik, kami sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja serta memastikan setiap projek dilaksanakan dengan cekap, selamat dan menepati masa. MYLAWANG GROUP SDN. BHD. bukan sekadar menjalankan perniagaan, tetapi berhasrat menjadi peneraju yang membawa pembaharuan dalam industri pembinaan.
Organisasi Syarikat
PENGARAH
DATO SARIPULBAHRI BIN ROSLAN
ADMIN
ZAHIDAH BINTI
MOHD ZAIDI
ENGINEER /3S
MOHD HAFIZZUDIN BIN IBRAHIM
ENGINEER/TMO
MUHAMMAD AL HADI BIN
MOHAMED TAHIR
QS
NORLIYANA BINTI MAZRI
AKAUNTAN
NOORAINI BINTI MD NIZAM
PEMBANTU
NUR AISYA SOFEA
ZULKIFLY
PENYELIA SELATAN
WAN JASNI BIN
HAMDAN
PENYELIA TENGAH
RIDWAN BIN
MOHAMED LONG
PENYELIA PANTAI TIMUR
MUHAMMAD SHAHNIZAM BIN JAMALUDIN
PENYELIA UTARA
MUHAMMAD AL HADI BIN
MOHAMED TAHIR
Visi, Misi, Objektif & Syarikat
Visi
MYLAWANG GROUP SDN. BHD. berazam untuk memberi perkhidmatan mengikut standard piawaian yang ditetapkan dan menghasilkan perkhidmatan dengan kualiti terbaik di samping turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Misi
- Melaksanakan kerja secara profesional dan beretika.
- Memastikan kerja-kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan kerja-kerja disiapkan dengan kos yang lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti kerja.
- Menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada.
Objektif
- Objektif asas utama adalah untuk membangunkan hubungan yang berkekalan dengan klien berdasarkan kepuasan bersama dan amanah. Pelanggan yang setia adalah sumber keuntungan dan pertumbuhan kepada syarikat, dan hasil yang terbaik adalah sumbangan syarikat kepada masyarakat.
- Menjadi usahawan global yang bersesuaian dengan perniagaan yang dilaksanakan.
- Menyahut seruan kerajaan dalam memberi khidmat yang terbaik dan bersaing maju secara sihat.
Mengapa Pilih Kami?

1. JUJUR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
Sentiasa berkhidmat dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan amanah tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

2. PEMATUHAN PERATURAN & UNDANG-UNDANG
Adalah menjadi satu kesalahan besar dari segi undang-undang dan agama jika berlakunya rasuah terhadap syarikat ini.

3. PENGHORMATAN KEPADA INDIVIDU & MASYARAKAT
Saling hormat menghormati di antara satu sama lain di dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

4. KEPENTINGAN KUALITI, KEMAHIRAN & PIAWAIAN
Menjalankan kerja dengan penuh dedikasi yang mementingkan kualiti melalui tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan sentiasa mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pelanggan.

5. KEPENTINGAN KESELAMATAN & KESIHATAN
Sentiasa mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk para pekerja dan orang awam.

6. KEPENTINGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan agar alam sekitar lebih terjaga dan terpelihara dari sebarang pencemaran.
MYLAWANG GROUP SDN. BHD.
Kami pakar dalam menstabilkan cerun kritikal dan memastikan turapan jalan yang tahan lama.















